Tuesday, 24 March 2015

 


KALAU TUAN PERGI KE HULU
JANGAN LUPA BELIKAN GULA
BUKU ITU MENGANDUNGI ILMU
SANGAT BERGUNA KEPADA SEMUA



JALAN MALAM TERPIJAK DURI
DURI TERPIJAK KAKI KANAN
TINGKATKAN ILMU JATIKAN DIRI
AGAR HIDUP DALAM KESENANGAN


Mari Kita Hijaukan Bumi..Kita Tanam Pokok...

Aktiviti Cuti Sekolah..Goooo Greennnn....Mari Hijaukan Bumi..
Cuti sekolah yang baru-baru ni, PD Taman Seri Duyong memenuhkan jadual adik-adik di sini dengan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan. Antaranya ini.....


Tuesday, 17 February 2015

Kongsi ilmu aktiviti kraf kanak-kanak...bagai bunga & kumbang..

Hai kawan-kawan..(hihi macam upin & ipin lak).. Assalamualaikum...pembaca blog ..harini saya nak kongsi dengan anda semua aktiviti kraf untuk kanak-kanak yang sangat menghiburkan .
Biasa kalau perpustakaan saya buat aktiviti ni memang kami sediakan hadiah. Tapi kadang-kadang terputus jugak bekalan hadiah.Almaklumlah banyak sangat buat aktiviti dengan adik-adik di sini..hihi
Aktiviti ni namanya BAGAI BUNGA & KUMBANG...unikkan..seunik namamu...(apa yang aku merepek ni daa..huhu)

Bahan-bahan:

2 kuntum gambar bunga tulip..ala bunga pape pun boleh ye sayang (ni untuk sorang peserta ye)
1 ekor gambar kumbang
pensil warna
gula-gula lolipop (tak mahal gula-gula ni 0.10 - 0.20 sen je)

caranya..warnakan bunga dan kumbang tu..kemudian lekatkan gula-gula lolipop di antara 2 kuntum bunga dan kumbang tu lekatkan di atas gula-gula tersebut.. Konon-kononnya gula-gula tu madu la..kumbang hisap madu bunga..wah..manarik kan..Aktiviti ni selain dapat ilmu..dapat GULA-GULA..WAHAHA....SELAMAT MENCUBA ADIK-ADIK....LoVE YOU ALL...muahh...



Tuesday, 13 January 2015


SELAMAT DATANG 2015...
SEMOGA TAHUN BARU INI SEGALA YANG DIRANCANG AKAN DIPERMUDAHKAN.....



Wednesday, 3 December 2014

PROGRAM BAHASA MERENTAS DESA 9 NOVEMBER 2014

Assalamualaikum pembaca blog semua.Alhamdulillah..bulan November yang lepas merupakan bulan yang paling sibuk buat PD Taman Seri Duyong. Bulan tersebut kami melalui program besar iaitu Majlis Pelancaran Bahasa Merentas Desa pada 9 November 2014 yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah PNM yang baru iaitu Puan Nafisah Ahmad.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan pada hari tersebut seperti pertandingan Warna Dalam Bahasa, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Busana Tradisional Sambil Berpantun, pameran dari pelbagai Jabatan dan agensi dan juga Program Bicara Bahasa dari Tokoh Bahasa. Syukur segala berjalan lancar dan kehadiran pengunjung diluar jangkaan kami. Setelah kami melalui pelbagai rintangan dan akhirnya segala perancangan dipermudahkan. Jom kita lihat gambar-gambar sekitar program Bahasa Merentas Desa.


































Tuesday, 12 August 2014

PERANCANGAN AKTIVITI BULAN OGOS 2014

Tarikh Masa Aktiviti Peserta Catatan
Sepanjang Bulan Ogos 2014 2.00 pm Pameran dan Kuiz Bulan Kemerdekaan Terbuka
16 Ogos 2014 2.00 pm Pertandingan Mewarna : Merdeka Raya Kanak-kanak Sila bawa pensil dan pensil warna
16 Ogos 2014 2.00 pm Aktiviti Kraf : Kolaj Bendera Kanak-kanak Tahap 2 & Belia Sila bawa kertas warna(merah,kuning & Biru),gunting dan gam
23 Ogos 2014 2.00 pm Bantal mini Terbuka
29 Ogos 2014 9.00 pagi Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika kanak-kanak Tadika
30 Ogos 2014 9.00 am Permainan Dalaman dan I-Play Toy Kanak-kanak Tahap 1 Tiada

Wednesday, 2 July 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak....

Berikut adalah waktu perkhidmatan Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong sepanjang bulan Ramadhan...

AHAD & ISNIN = TUTUP ( ISNIN ditutup kerana terdapat seorang petugas sahaja pada ketika ini)

SELASA - KHAMIS & SABTU
9.00 pagi - 4.30 petang
 
JUMAAT
9.00 pagi - 1.00 petang
1.00 - 2.00 (Rehat)
2.00 petang - 4.30 petang